Sudi-sudilah bagi komen....
1.KONSEP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI ABAD KE 21:
SATU PERBINCANGAN
Sinopsis Artikel
Artikel konsep pengajaran abad ke 21 membincangkan tentang bagaimana mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kepesatan teknologi dan cara manusia berfikir pada hari ini. Ia lebih memfokuskan kepada pemikiran altenatif tentang pembelajaran, hasil kajian dari beberapa orang tokoh tersohor dalam dunia akademik.
Pemikiran alternatif ini sedar bahawa manusia berbeza terutama dari segi pengalaman.. Justeru perbezaan ini perlu dikaji untuk menentukan bentuk pengajaran yang bersesuian dengan seseorang individu.
Pemikiran alternatif juga melihat pembelajaran yang berkualiti adalah suatu proses pembinaan pandangan dan pemikiran barn hasil daripada pemerhatian dan penelitian seseorang terhadap pelajarannya dan pelbagai fenomena yang berlaku disekitar dunia kehidupannya.
Beberapa elemen perlu difahami dan dititikberatkan untuk mengaplikasikan konsep ini dalam pembelajaran:
1- Pembelajaran yang perlu dititikberatkan ialah kualiti kefahaman seseorang pelajar,bukan kuantiti maklumat.
2- Pelajar tidak seharusnya diajar kemahiran belajar yang terpisah daripada bahan pernbelajaran dan konteksnya.
3- Usaha meningkatkan pembelajaran berrnakna mewujudkan hubungan di antarapelajar dengan bahan pembelajaran.
4- Usaha meningkatkan pembelajaran memerlukan pemahaman dari perspektif pelajar.
Kesimpulan
Walaupun keberkesanan pengajaranpembelajaran terletak pada berbagai faktor, namun kertas ini berpendapat, konsep yang jelas dan menjurus ke arah pembinaaan manusia berfikir merupakan titik tolakkejayaan sesuatu pengajaran. Ini bermakna
kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran adalah faktor terpenting.
Salam...sorilah..ana terdelete komen sorang sahabat ari tu...lupa nama lak tu..sori..
ReplyDeleteAstagfirullah....delect ana punya coment ye...alaaa dalam gawat2 gini...lupa plak taip apa hari tu.kene baca balik la. ingat ke singgah nak add my blog list address anta...apapun Salam Ziarah ye...jika lain masa ada peluang ana coment lagi.
ReplyDeletePada abad sekarang iaitu abad ke 21, pelbagai peralatan yang canggih digunakan sebagai alat bantu mengajar sebagai contoh penggunaan Powerpoint. Rekabentuk warna dan animasi yang digunakan sangat diminati oleh pelajar-pelajar semasa proses P&P. Saya bersetuju bahawa berdasarkan kajian ini penggunaan Powerpoint tidak mampu meningkatkan pembelajaran orang pelajar meskipun mereka seronok dengan warna dan persernbahan melalui Powerpoint. Teori pengajaran dan pembelajaran menunjukkan manusia belajar dari apa yang telah ada dalam dirinya. Ini bererti pembelajaran adalah satu proses untuk memanggil atau mengingat semula apa yang telah dikurniakan dalarn jiwa seseorang.Walaubagaimanapun, penggunaan powerpoint membantu guru dalam penyampai pengajaran dan pembelajaran contohnya dalam memberi penerangan rajah yang menunjukkan mengaliran darah dalam Sistem Pengangkutan Darah Dalam Badan Manusia. Kegunaan Powerpoint dalam proses P&P boleh diselang –seli dengan penggunaan powerpoint agar pelajar tidak bosan. Justeru, boleh dirurnuskan bahawa soal style atau reka bentuk pengajaran perlu dititikberatkan, Guru perlu membuat perancangan lebih rapi agar kelihatan lebih memandangkan matlamat pendidikan negara diutamakan.
ReplyDeletetrima kasih ckgu siti ...komen yang releven dan membina..."PnP yang paling utama...yang lain hanyalah aksesori sahaja.."
ReplyDeleteElok gak terdelete ari tu...lagi panjang komen ckgu kali ni..hehehe
Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemuda-pemudi kita. Pendidikan adalah satu proses yang berterusan. Kenyataan itu mengingatkan kita bahawa pendidikan bukan setakat mengisi ilmu ke dalam kepala murid seperti kita mengisikan air ke dalam baldi. Sebaliknya, lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang pendidikan seharusnya mengupayakan seseorang dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk melakukan sesuatu perkara-perkara yang perlu dan patut dilakukan dalam konteks persekitaran yang sentiasa berubah.
ReplyDeleteOleh itu, para pendidik haruslah mempelajari kemahiran demi kemahiran dalam menghadapi dunia pendidikan. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita setanding dengan negara-negara maju.
betul ust zulfikri....pendidik zaman kini xboleh rigid...perlu fleksibel dalam ruang lingkup seorang pendidik...dunia hari terlalu mencabar untuk seseorang yang terlalu statik dalam pengajaran...teima kasih us zul..kemah demo..
ReplyDeletePengajaran dan pembelajaran adalah dua aspek penting yang dapat rnenentukan rnutu
ReplyDeletependidikan atau rnanusia yang dihasilkan. Walaupun keberkesanan pengajaranpembelajaran
terletak pada berbagai faktor, namun kertas ini berpendapat, konsep
yang jelas dan menjurus ke arah pembinaaan manusia berfikir merupakan titik tolak
kejayaan sesuatu pengajaran. Urnpama menaiki kereta, walau secanggih mana kereta
yang dipandu, tapi jika pemandunya tidak pasti apakah destinasi yang hendak dituju,
maka dia mungkin berakhir di suatu tempat yang tidak diingini olehnya.
Pembelajaran yang berkesan ialah mampu memberi input baru kepada pelajar sebagai modal hidup. Matlamat dari terhasilnya input tadi untuk tujuan merubah keadaan pelajar itu tadi. Aplikasi sepenunya daya fikir amat perlu dititik beratkan dalam pembelajaran. Al-Quran banyak menyuruh manusia menggunakan aqal. Teknik pemikiran yang pelbagai sekarang mesti diguna sepenuhnya agar nikmat berfikir dapat diguna untuk manfaat pembelajaran semasa.Namun dalam memperaktis pemikiran yang pelbagai, bukan sekadar untuk mencapai apa yang ingin direalisasikan semata-mata bahkan mesti menyedari dengan penuh tawaduk bahawa nikmat berfikir ini adalah kurniaan Allah s.w.t dan wajib setiap pelajar mensyukuriNya.
ReplyDelete