Wednesday, November 16, 2011

MAKLUMAN KEMASUKAN KE MAAHAD TAHFIZ SESI 2011




Makluman Kemasukan ke Maahad Tahfiz Al-quran Wal Qiraat
معهد تحفيظ القرءان والقراءات
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT
Pulai Chondong 16600 Machang Kelantan
PERMOHONAN MASUK
TINGKATAN 1 TAHUN 2012
DIBUKA SEKARANG

SYARAT –SYARAT PERMOHONAN
Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/SRI atau setaraf denganya.
Lahir pada tahun 1999.
Borang permohonan boleh didapati di :
-MTAQ P.Chondong/Maahad Muhammadi (L) & (P)
-Maahad Tahfiz Sains (L) (P) /Pejabat Yayasan Islam Kelantan
-Download di Laman web YIK .GOV.MY ( sekolah kawalan ).
- Harga satu naskhah borang permohonan :RM 5.00

Keputusan UPSR : minima 4A 1 B
Permohonan hendaklah disertai bersama dengan Slip Asal keputusan UPSR/salinan yang disahkan dan surat kelahiran/beranak.

>Tarikh Tutup Permohonan : selepas 2 minggu dari tarikh keputusan rasmi UPSR diumumkan.

UJIAN KEMASUKAN
• Semua pemohon yang layak wajib menduduki Ujian Khas Kemasukan
• Tarikh dan Masa Ujian Khas Kemasukan akan ditentukan oleh pihak Maahad
• Perkara-perkara yang diuji :
UJIAN LISAN ( MEMBACA ):
Membaca Al-Quran : 100 markah / Jawi: 40 markah
UJIAN LISAN ( HAFAZAN )
Hafalan Al-Quran : 100 markah
UJIAN LISAN ( AKHLAK / PERSONALITI )
Latarbelakang individu : 60 markah
UJIAN BERTULIS:
Jawi ,Al-Quran dan Asas Pengetahuan Islam Markah = 100

KEPUTUSAN UJIAN
Keputusan Ujian akan diumumkan pada : 20 Disember 2011 Selasa

PENGESAHAN
Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan belajar di Maahad berkenaan mulai tarikh diumumkan .

LAPOR DIRI
Tarikh lapor diri pada : 31 Disember 2011 (Sabtu)
Untuk keterangan Lanjut Sila Hubungi : MTAQ : 09-7878916 Faks:097871916 /
Pejabat YIK : 09-7124359

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH MTAQ:

v MTAQ adalah sekolah terbaik SPM peringkat kebangsaan tahun 2003
v MTAQ adalah sekolah terbaik SPM & SMU peringkat YIK tahun 2010
v Sisetem pengajian Di MTAQ memastikan pelajar hafaz 30 juzu’ Al-Quran dalam tempoh 4 tahun
v Pembelajaran Al-Quran sehingga 7 Qiraat &
Ulum Al-Quran yang lain.
@2012 Unit Hal Ehwal Pelajar MTAQ

Wednesday, February 24, 2010

MENANTI PENGHAKIMAN.....

Tugasan Publisher Dan Access...klik untuk untuk paparan gambar yang lebih jelas.


Sunday, January 24, 2010

JURNAL SGDT 3023 TM DALAM PENDIDIKAN

Sudi-sudilah bagi komen....

1.KONSEP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI ABAD KE 21:
SATU PERBINCANGAN



Sinopsis Artikel

Artikel konsep pengajaran abad ke 21 membincangkan tentang bagaimana mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kepesatan teknologi dan cara manusia berfikir pada hari ini. Ia lebih memfokuskan kepada pemikiran altenatif tentang pembelajaran, hasil kajian dari beberapa orang tokoh tersohor dalam dunia akademik.
Pemikiran alternatif ini sedar bahawa manusia berbeza terutama dari segi pengalaman.. Justeru perbezaan ini perlu dikaji untuk menentukan bentuk pengajaran yang bersesuian dengan seseorang individu.
Pemikiran alternatif juga melihat pembelajaran yang berkualiti adalah suatu proses pembinaan pandangan dan pemikiran barn hasil daripada pemerhatian dan penelitian seseorang terhadap pelajarannya dan pelbagai fenomena yang berlaku disekitar dunia kehidupannya.

Beberapa elemen perlu difahami dan dititikberatkan untuk mengaplikasikan konsep ini dalam pembelajaran:

1- Pembelajaran yang perlu dititikberatkan ialah kualiti kefahaman seseorang pelajar,bukan kuantiti maklumat.
2- Pelajar tidak seharusnya diajar kemahiran belajar yang terpisah daripada bahan pernbelajaran dan konteksnya.
3- Usaha meningkatkan pembelajaran berrnakna mewujudkan hubungan di antarapelajar dengan bahan pembelajaran.
4- Usaha meningkatkan pembelajaran memerlukan pemahaman dari perspektif pelajar.

Kesimpulan
Walaupun keberkesanan pengajaranpembelajaran terletak pada berbagai faktor, namun kertas ini berpendapat, konsep yang jelas dan menjurus ke arah pembinaaan manusia berfikir merupakan titik tolakkejayaan sesuatu pengajaran. Ini bermakna
kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran adalah faktor terpenting.

Sunday, January 17, 2010

Tips Jaga Hati 2



Menyucikan hati yang kotor tak semudah mencuci pakaian zahir...Cucilah hati dengan zikrullah, mentadabburi al-Quran, Qiamullail dan melazimi duduk bersama para ulama' ...InsyaAllah hati kita akan sentiasa bersih..









Walau sejauh mana sayang anda kepada sesiapa,jangan serahkan hati anda kepadanya.....kelak anda menempuh kekecewaan yang tak berpenghujung...Serahlah hati kepada Allah...Dia akan sentiasa bersama kita..

Tips Jaga Hati 1















Jangan letakkan hati anda dipersimpangan kehancuran...selamatkan Ia dengan Husnu Zon (baik sangka) dan zikrillah....Sifat buruk sangka akan memamah hati kita secara senyap....kelak Ia akan hancur berkecai...