Sudi-sudilah bagi komen....
1.KONSEP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI ABAD KE 21:
SATU PERBINCANGAN
Sinopsis Artikel
Artikel konsep pengajaran abad ke 21 membincangkan tentang bagaimana mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kepesatan teknologi dan cara manusia berfikir pada hari ini. Ia lebih memfokuskan kepada pemikiran altenatif tentang pembelajaran, hasil kajian dari beberapa orang tokoh tersohor dalam dunia akademik.
Pemikiran alternatif ini sedar bahawa manusia berbeza terutama dari segi pengalaman.. Justeru perbezaan ini perlu dikaji untuk menentukan bentuk pengajaran yang bersesuian dengan seseorang individu.
Pemikiran alternatif juga melihat pembelajaran yang berkualiti adalah suatu proses pembinaan pandangan dan pemikiran barn hasil daripada pemerhatian dan penelitian seseorang terhadap pelajarannya dan pelbagai fenomena yang berlaku disekitar dunia kehidupannya.
Beberapa elemen perlu difahami dan dititikberatkan untuk mengaplikasikan konsep ini dalam pembelajaran:
1- Pembelajaran yang perlu dititikberatkan ialah kualiti kefahaman seseorang pelajar,bukan kuantiti maklumat.
2- Pelajar tidak seharusnya diajar kemahiran belajar yang terpisah daripada bahan pernbelajaran dan konteksnya.
3- Usaha meningkatkan pembelajaran berrnakna mewujudkan hubungan di antarapelajar dengan bahan pembelajaran.
4- Usaha meningkatkan pembelajaran memerlukan pemahaman dari perspektif pelajar.
Kesimpulan
Walaupun keberkesanan pengajaranpembelajaran terletak pada berbagai faktor, namun kertas ini berpendapat, konsep yang jelas dan menjurus ke arah pembinaaan manusia berfikir merupakan titik tolakkejayaan sesuatu pengajaran. Ini bermakna
kefahaman yang jelas tentang pengajaran dan pembelajaran adalah faktor terpenting.
Sunday, January 24, 2010
Sunday, January 17, 2010
Tips Jaga Hati 2
Menyucikan hati yang kotor tak semudah mencuci pakaian zahir...Cucilah hati dengan zikrullah, mentadabburi al-Quran, Qiamullail dan melazimi duduk bersama para ulama' ...InsyaAllah hati kita akan sentiasa bersih..
Walau sejauh mana sayang anda kepada sesiapa,jangan serahkan hati anda kepadanya.....kelak anda menempuh kekecewaan yang tak berpenghujung...Serahlah hati kepada Allah...Dia akan sentiasa bersama kita..
Tips Jaga Hati 1
Saturday, January 16, 2010
Friday, January 15, 2010
Menjadi Lebih Baik
Panduan Praktikal Untuk Remaja Muslim
(Terjemahan dan olahan dari petikan buku 'Risalah Ila Syabaabil Ummah' karangan Dr. Raghib as Sarjaani terbitan Muassasah Iqra')
Sahabatku sekalian...............
Jika anda semua mempunyai keinginan yang bersungguh-sunguh untuk mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat, maka anda semua perlu segera mengubah keinginan dan cita-cita tersebut kepada keazaman yang nyata kemudian menterjemahkannnya melalui tindakan dan seterusnya istiqamah dalam perkara tersebut. Sesungguhnya jalan kejayaan sama sekali tidak akan terbentang dengan sendirinya di depan seorang pemalas, ia hanya menjadi mudah bagi orang yang dipilih oleh Allah S.W.T, dan Allah S.W.T maha mengetahui apa yang bersarang di dalam hati, Dia jua mengetahui apa baik dan apa yang merosakkan bagi hambanya.
Jika anda menginginkan umat ini dihormati dan disanjung tinggi, jika anda ingin menghapuskan segala ketidakadilan, kehinaan dan penindasan yang sedang berleluasa, maka mulakannya dari sekarang. Jangan anda bertangguh lagi. Jangan anda berlengah-lengah dan jangan biarkan ada penghalang yang mampu menyekat anda. Mulakan dari sekarang, semoga Allah S.W.T akan membuka seluas-luasnya pintu rahmat bagi anda.
Di sini saya ingin mengemukakan beberapa nasihat praktikal sebagai panduan semua. Ketahuilah bahawa setiap nasihat yang dilontarkan sebenarnya memerlukan satu kitab khusus untuk membahaskannya, tetapi memadailah di sini sekadar sebuah ringkasan, dan pintu perbahasan yang selanjutnya tebuka luas untuk anda selami dan terokai.
AMANAT PERTAMA: BEBASKAN DIRI DARI KEMAKSIATAN SEBERAPA SEGERA
Sahabatku sekalian..........
Antara elemen yang menjadi pemusnah kehidupan remaja juga kehidupan golongan muslim yang lain ialah bergelumangnya mereka dalam lubuk maksiat. Sesungguh kemaksiatan yang dilakukan oleh manusia lebih berbahaya kepada diri mereka dari serangan kumpulan serigala pembunuh. Ianya akan menimbun di atas permukaan hati sekaligus menghalang cahaya kebaikan dari menerobos masuk dari luar. Bila perkara ini berlaku, maka mereka tidak akan terkesan lagi dengan segala kata nasihat, tidak mampu dilembutkan oleh segala bentuk pengajaran, tiada kekhusyukan hati di kala membaca al-Quran bahkan mereka akan melihat segala perkara yang sepatutnya mampu menggamit keimanan dengan pandangan yang kosong lagi tidak bererti. Maka sesiapa yang dihinggapi oleh gejala-gejala yang disebutkan di atas jelaslah bahawa dia sedang kelemasan dalam lubuk kemaksiatan.
Ketahuilah bahawa meninggalkan maksiat itu lebih utama dari melakukan ketaatan yang bukan fardu. Maka seseorang yang tidak membaca al-Quran tetapi sentiasa menghindari diri dari maksiat lebih mulia dari mereka yang membaca al-Quran tapi pada masa yang sama melazimi maksiat. Diriwayatkan dan Muslim dari Abi Hurairah R.A, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Bermaksud: "Apa-apa yang aku tegahinya, maka jauhilah perkara tersebut, manakala apa yang aku perintahkannya, laksanakanlah sedaya upaya kamu"
Adalah sesuatu yang janggal bagi seseorang yang mendakwa ingin membantu agama Allah tetapi pada masa yang sama terus bergelumang dengan kemaksiatan. Dalam hal ini Umar Al-Khattab R.A pernah berpesan kepada tenteranya tatkala mereka berada di medan jihad fi sabilillah dengan kata-kata beliau yang berbunyi:” Janganlah sesekali kamu semua terjebak dalam kemaksiatan sedang kamu berperang fi sabilillah.” Ketahuilah seburuk-buruk maksiat ialah yang mana kita berterusan melakukannya. Ia adalah satu petanda kebusukan hati, maka hendaklah anda segera menyucikannya sebelum terlambat, jika tidak anda akan terus kekal dalam keadaan itu buat selamanya bahkan mungkin menjadi lebih parah dan terus parah.
Ketahuilah, jika anda melucutkan diri dari sebarang belenggu maksiat, disertai dengan keazaman untuk tidak mengulanginya serta menyesal diatas segala dosa yang telah dilakukan, maka seolah-seolah anda telah membuka satu lembaran amal yang baru lagi putih bersih di sisi Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia berkuasa mengampun segala dosa hambaNya, dan kepada Nya jualah tempat para muaqarrabin mendekatkan diri.
Satu perkara yang perlu diperhatikan ialah, jangan melengahkan taubat anda ke hari esok, bahkan jangan menangguhkannya dari saat ini ke saat yang mendatang, kerana ruh kita boleh disentap bila-bila masa sahaja. Yang pastinya ia takkan dikembalikan lagi dan ia juga tidak mungkin ditangguhkan dengan apa jua alasan.
Dalam hal ini, tidak patut bagi seorang hamba mengekali sesuatu dosa bagi satu tempoh tertentu. Justeru, perbanyakkanlah doa kepada Allah S.W.T sedaya yang termampu nescaya Allah akan berkenan untuk mengampunkannya dan menutup dosa-dosa anda. Sesungguhnya Allah S.W.T dekat dengan hambaNya dan sudah pasti Dia akan memperkenankan doa hambaNya. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan terampun dosa dari diri seorang hamba itu. Antaranya tertarik untuk melakukan amal kebajikan, rasa ghairah untuk beribadah dan merasa takut dengan akibat dari dosa-dosa lepas serta terkesan dengan peringatan dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W.
Jika semua perkara dia atas telah anda dapati dalam diri anda, bermakna anda telah berjaya mengejutkan hati anda dari lena, maka bersegeralah melakukan kebaikan sebagai satu bentuk pemeliharaan terhadap kemurnian dan kecemerlangan yang telah anda bina tersebut. Sebaliknya jika anda tidak mendapati perkara-perkara tersebut dalam diri anda, maka selidikilah segala maksiat samada yang zahir mahupun tersembunyi yang dilakukan tanpa anda sedari. Ia mungkin berlaku melalui pandangan mata atau kata-kata umpatan ataupun melalui lagu-lagu yang tidak dihalalkan atau mungkin melalui perbuatan derhaka kepada ibu bapa (walaupun dalam perkara yang kecil) ataupun mungkin melalui secebis rasa takabbur dan sebagainya. Berhati-hatilah dari terjebak dengan dosa-dosa kecil kerana ia akan menyusup ke dalam hati secara halus, lalu membiak di dalam hati lalu membentuk timbunan dosa yang merosakkan.
AMANAT KEDUA: DALAMI AGAMA ANDA
Sahabatku sekalian............
Adalah sesuatu yang terlalu janggal, jika anda mengikat diri anda pada satu agama yang anda sendiri tidak mengenalinya. Bagaimana anda boleh berpegang kepada satu manhaj atau jalan yang anda jahil tentangnya. Bagaimana pula anda mampu menyusuri satu jalan tanpa ada panduan dan petunjuknya?
Bertahun-tahun telah berlalu, sedangkan anda masih tidak mengenali agama yang anda anuti dalam kadar yang sepatutnya. Bukankah telah tiba waktunya untuk anda mempertingkatkan pengetahuan dan menggandakan pembacaan?
Agama Islam satu agama yang agung. Setiap kalimat yang terkandung di dalamnya mengandungi pengertian yang cukup luas, yang tidak mampu untuk manusia menghitungnya. Ia adalah agama yang tersusun indah, lantaran ia diatur oleh Tuhan sekalian alam, Dialah yang mewujudkan agama ini dan dia jualah yang memperelokkannya. Dia juga telah menyempurnakan agama ini sehingga tidak terpalit sedikitpun padanya cacat cela sesuai dengan status agama ini selaku nikmat paling besar yang dikurniakan kepada umat manusia.
Untuk menjamin kesempurnaan kehidupan dunia dan akhirat anda, maka anda perlu memperuntukkan waktu yang secukupnya dan pengorbanan yang tulus sehinggalah anda sampai di kemuncak yang dituju.
Sesungguhnya keluasan ilmu-ilmu Islam ini tiada batasnya, kajian-kajian para ulama terhadap agama ini tidak pernah terhenti. Maka jelajahlah ia mengikut tahap-tahap tertentu supaya anda tidak tersesat di jalan yang bercabang-cabang dan berliku-liku.
Mulakan kembara ilmu anda dengan mempelajari al-Quran dan tafsir yang ringkas padanya. Demikian jugalah dengan ilmu hadis an-nabawi serta tafsir yang ringkas padanya. Mulakan dengan keduanya lantaran ia adalah asas yang terbina atasnya segala ilmu yang lain.
Kemudian, pusatkan perhatian anda terhadap pengajian ilmu-ilmu Islam yang lain dengan berperingkat-peringkat tanpa sebarang kegopohan. Sesungguhnya agama itu sesuatu yang halus, maka selamilah ia dengan penuh tertib dan kelembutan. Bentukkan satu jadual khusus untuk anda ikuti, merangkumi ilmu akidah, akhlak, fiqh, muamalah dan ilmu-ilmu lain dengan tunjukajar daripada mana-mana individu yang alim.
Berikan tumpuan anda kepada ilmu sirah Rasulullah kerana ia adalah terjemahan yang praktikal bagi isi kandungan al-Quran, dan di dalamnya termuat dari sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil perkara dalam agama.
Kemudian, pelajarilah tentang sirah para sahabat, kerana merekalah yang telah memikul agama ini sehingga dapat kita kecapi pada hari ini dan merekalah yang memberi contoh kepada kita bagaimana mempraktikkan agama dalam kehidupan. Mereka merupakan individu-individu yang dipilih oleh Allah untuk mendampingi kekasihNya dan juga untuk menyambung perjuangan Rasulullah S.A.W setelah kewafatan baginda.
Kemudian, berpindahlah kepada pengajian tarikh Islam tetapi pada masa yang sama perlu dipastikan ianya tidak diambil dari sumber yang tidak tepat dan menyeleweng. Demikian itu tidak dapat dilakukan kecuali melalui tunjuk ajar daripada orang yang sudah lama menceburkan diri dalam bidang ini memandangkan pada hari ini sumber yang menyeleweng lebih banyak tersebar berbanding sumber yang tepat.
Demikianlah, anda memerlukan waktu dan umur yang cukup panjang untuk merealisasikan semua itu dalam hidup anda. Justeru itu, adalah menjadi sesuatu yang mengaibkan jika anda masih sanggup menghabiskan masa anda walaupun sesaat (apatah lagi berjam-jam) di depan kaca televisyen, ataupun di pusat-pusat snuker, atau dengan berpeleseran dijalanan tanpa hala tuju ataupun juga dengan melepak bersama rakan-rakan di warung-warung.
Sebenarnya anda mampu memanfaatkan setiap detik yang berlalu untuk mendapatkan satu ilmu yang berfaedah. Maka awasilah masa anda. Rintislah jalan ilmu dengan segala kudrat yang anda miliki, dan ketahuilah ia adalah satu jalan dari jalan-jalan syurga.
AMANAT KETIGA: PRIHATINLAH DENGAN KEADAAN SEKELILING
Sahabatku sekalian......
Sebahagian daripada pemuda pada hari ini yang komited dengan agama Islam menyibukkan diri mereka dengan ilmu-ilmu syariah dan pengajian semata-mata, tanpa mengambil tahu perkembangan semasa yang berlaku, sehingga mereka seolah-seolah hidup di sebuah pulau asing di tengah-tengah lautan dan dikelilingi oleh gulungan ombak yang mengganas. Adalah satu perkara yang mustahil untuk anda melakukan perubahan dalam masyarakat kecuali jika anda mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai realiti semasa masyarakat sekeliling anda. Yang dimaksudkan dengan keadaan sekeliling di sini bukanlah terbatas setakat persekitaran universiti tempat anda belajar sahaja, bukan juga terbatas dengan keadaan dalam negara yang anda diaminya sahaja, tetapi yang dimaksudkan ialah realiti seluruh dunia Islam pada hari ini malah realiti dunia amnya.
Adalah tidak patut bagi seseorang yang mengimpikan perubahan, mengabaikan pengetahuan tentang pekembangan yang berlaku dalam masyarakatnya dan juga keadaan semasa persekitaran masyarakatnya.
Rasulullah S.A.W sendiri sentiasa mendedahkan kepada para sahabat R.A pada zaman Baginda dengan pekembangan dan peristiwa yang belaku di seluruh di dunia ketika itu termasuklah di zaman ketika mereka masih dalam keadaan lemah. Rasulullah selalu memdedahkan tentang kisah Kisra dan Kaisar, juga tentang negara Parsi, bandar-bandarnya serta cara pemerintahannya juga kisah negara Rum dengan istana-istananya. Baginda juga selalu berbicara tentang Yaman, Habshah, Mesir dan juga Bahrain.
Demikianlah umat Islam ketika itu mempunyai pengetahuan yang menyeluruh berkenaan dengan dunia sekeliling mereka sebagaimana mereka mengetahui keadaan mereka sendiri, lantas ianya menjadi satu kayu ukur untuk menilai tahap pencapaian yang ada pada mereka ketika itu.
Maka jelaslah di sini, adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap generasi muda yang prihatin dan mempunyai kefahaman yang jelas, mengambil cakna terhadap berita-berita yang berlaku di seluruh dunia secara bersistem dan berkala. Untuk merealisasikan perkara ini, ia perlu membaca akhbar yang pelbagai, memusatkan perhatian kepada semua isu termasuk ekonomi, politik, sosial dan mengikuti perkembangan terkini dunia sekeliling melalui stesen-stesen berita antarabangsa dan mendengar pendapat dari pelbagai pihak untuk diteliti, dianalisis dan seterusnya membuat kesimpulan terbaik mengenai segala yang berlaku. Jika ia berjaya melakukannya dengan baik, maka jadilah ia seorang yang arif dengan keadaan dunia sekeliling sebagaimana ia mengenal dengan mendalam realiti agamanya.
AMANAT KEEMPAT: URUSLAH WAKTU ANDA
Sahabatku sekalian.....
Peringatan ini, walaupun zahirnya kelihatan remeh, namun ketahuilah bahawa ia sebenarnya terlalu sukar untuk diamalkan .Sebahagian besar remaja terperangkap dengan permasalahan ini, sehingga mereka merasakan masa yang mereka miliki tidak memadai untuk mereka melakukan apa-apa..... Sedangkan Allah S.W.T telah menganugerahkan masa yang cukup untuk mereka melakukan segala-galanya....dengan satu syarat; ianya diurus dengan baik.
Untuk mempraktikkan segala apa yang kita bincangkan di atas, memerlukan satu bentuk pengurusan masa yang bersistematik....satu waktu khusus perlu diperuntukkan untuk aktiviti di masjid...waktu untuk sesi muzakarah, waktu untuk menelaah buku-buku agama, waktu untuk membaca buku-buku umum, waktu untuk mengeratkan silaturrahim, waktu untuk berekreasi dan sebagainya.
Anda perlu merancang apa yang ingin anda lakukan hari ini, esok, hari-hari, bulan-bulan dan seterusnya tahun-tahun yang mendatang.Tetapkan satu matlamat, susunlah segala aktiviti mengikut keutamaan, rangka satu program berkala seterusnya laksanakan perancangan tersebut dari sekarang tanpa berlengah-lengah lagi.
Tetapkan satu masa khusus untuk menyemak dan mengawasi perjalanan segala perancangan anda dan imbangkanlah semua itu mengikut keperluan dan realiti semasa.
Mintalah tunjuk ajar daripada individu yang lebih berpengalaman yang terdiri dari individu yang aktif dalam lapangan dakwah atau dalam kerjaya masing-masing....Belajarlah dari pengalaman orang lain....elakkan dari sikap malu bertanya....kerana ia adalah ubat penyakit jahil.
Jika perancangan anda menemui kegagalan, janganlah anda terus berputus asa....susun kembali waktu anda....setiap manusia yang impikan kejayaan perlu menempuh kegagalan...apa yang penting, anda mengambil pengajaran dari kegagalan tersebut...mulakan semula....Allah akan bersama anda....dan Dia tidak akan mensia-siakan amalan anda.
Ingatlah, umur anda adalah elemen terpenting dalam hidup anda.....jika anda telah mensia-siakan sebahagian umur anda...dibimbangi yang sebahagian lagi akan turut meninggalkan anda...dan yang telah pergi, selamanya takkan kembali.
Mohonlah pertolongan dari Allah S.W.T dan jangan anda berputus asa....Ingatlah bahawa anda telah mengetuk pintu kasih sayang Allah untuk meminta pertolonganNya...Dia tidak akan mengabaikan anda selamanya....bahkan Dia akan membuka bagi anda segala pintu kebaikan dan kasih sayang...memandu anda ke jalan sejahtera..dan menunjuki anda jalan kejayaan.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya; "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami, maka kami akan tunjukkan bagi nya jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah akan bersama-sama orang-orang yang berbuat baik." (Al-Ankabut:69)
KALAM PENUTUP
Saya berkeyakinan tinggi, adalah menjadi harapan bagi setiap orang-orang dewasa untuk mendengar nasihat-nasihat seperti ini di waktu muda mereka untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Malangnya masa itu telah berlalu, masa muda telah pun meninggalkan mereka. Adapun anda semua, telah didedahkan dengan nasihat-nasihat ini dalam keadaan anda masih muda. Maka segeralah mengamalkannya sebelum tibanya hari yang mana anda mengimpikan kembalinya hari-hari seperti hari ini.
Allah telah menganugerahkan kepada anda dengan segala apa yang tidak dikurniakan kepada selain anda. Dia telah mengurniakan anda dengan kekuatan tubuh badan, kecerdikan akal, keteguhan azam dan kesempurnaan fizikal.
Allah telah mengamanahkan kepada anda untuk melakukan perubahan dalam masyarakat sekeliling anda. Perubahan dari suasana kefasadan kepada suasana yang harmoni, daripada kemungkaran kepada kebaikan dan daripada kemunduran kepada kekuatan dan kemajuan.
Allah telah mengamanahkan anda dengan semua yang tersebut, justeru itu, janganlah anda terkesan dengan suasana buruk masyarakat di sekitar anda, dan kemudiannya anda mendakwa terlalu susah untuk mengubah suasana masyarakat tersebut.
Allah telah mempersiapkan anda untuk anda mengubah suasana, bukannya untuk anda terubah oleh suasana.
Allah juga telah mempersiapkan anda untuk mengubah sistem di dunia ini mengikut acuan anda, bukan untuk orang lain mengubah anda mengikut acuan mereka!!
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan anda untuk kehormanian dunia, untuk membaiki kerosakan di muka bumi dan mengimarahkannya. Oleh itu, janganlah anda disibukkan oleh perkara-perkara picisan juga isu-isu yang remeh temeh. Jadilah orang yang sentiasa di puncak wibawa dan kemuliaan, menjadi pembimbing bagi orang-orang yang kebingungan dan pembakar semangat bagi orang-orang yang putus asa dalam kehidupan.
Andaikata di pertengahan jalan anda dilanda rasa gelisah dan putus asa, maka memadailah Allah sebagai tempat anda mengadu, Dialah yang memperkuatkan jiwa anda dengan pertolonganNya dan orang-orang mukmin yang lain. Konsistenlah di atas jalan Allah S.W.T dan sentiasalah mendampingilah orang-orang mukmin.
Sentiasalah memohon rahmah dan keberkatan dari Allah, nescaya Dia akan memudahkan bagi anda jalan menuju ke syurga. Ketikamana Allah telah membuka jalanNya untuk anda, saya berharap anda tidak lupa untuk mendoakan diri ini di saat anda bermunajat di keheningan malam, semoga Allah akan merahmati diri ini dengan berkat doa dari anda.
Fasatazkuru ma aquulu lakum.....Wa ufawwidhu amri ila Llah....Inna Llaha Basiirun bil Ibad....

Subscribe to:
Posts (Atom)